Sabtu, 23 April 2011

Atrium

Tarik,tarik,tarik nafas sedalam mungkin.1,2,3,hembus.Ulang laku.Duduk bersandar ditemani paparan televisyen cerita barat.Sesekali ku lihat ke arah itu walau tiada perasaan memandangnya.Haha,itu memang perangai aku,melihat dari bebola mata dan sudut yang bosan.Aku sedang cuba fikirkan sifir yang sudah lama belenggu kotak minda ini.Bukan sifir biasa yang dihafal budak-budak sekolah tu.Itu adik aku yang darjah satu pun boleh selesaikan.Terus mencuba,dan cuba.

 Makin cuba diselesaikan,ia makin rumit.Pedulikan saja gertak hati kecil.Pedulikan semua itu.Siapa?Mengapa?.Tarik nafas lagi.Kali ini helaannya semakin panjang. Atau akukah yang terlalu mentafsir.Rujukannya bukan seperti mentafsir mimpi ngeri,mahupun mimpi-mimpi biasa.Tidak ada buku atau nota istimewa boleh merungkai gumpalan simpulan ini.

Monolog.Apa yang aku mahu sebenarnya?Cuba  jawab,jawab,jawablah.Mana aku tahu.
Mudah benar aku ini buat kesimpulan tanpa lihat awal dan akhir.Itu aku punya pasal lah.Kau peduli apa.Wah!senang kau cakap ya.Hentilah,sudahlah kau fikirkan itu.Sampai bila lagi.Cukup penat berfikir ini.Monolog tamat.Hembus nafas.

1:23 pagi.Saja aku pilih waktu itu.Satu perkataan aku perlukan.Mana perkataan itu.Hilang lagi.Kosmos di minda,cis!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan